Quotes:

'Give a man a fish and he'll eat for a day, teach a man to fish and he'll eat for a lifetime'

Monday, January 10, 2011

Putrajaya Inter Parks Ride (PIPR)

Next Ride 13 February 2011
PIPR Siri 5


Salam Semua, 


Tajuk kali ini nak disampaikan adalah fenomena baru dalam aktiviti berbasikal di Putrajaya. Dengan permulaan 20 rider sahaja pada penganjuran pertama  ianya tidak memutuskan semangat semua pihak. Terkini, ia telah mencecah lebih 1,200 rider pada kayuhan malam tahun baru 2011. Semuanya atas satu tujuan....... "Fun Ride".


Sebelum tu, kenapa aku beriya sangat nak tulis, Kenapa Putrajaya Inter Parks Ride? Aku banyak diajukan soalan tentang perkara ni, tapi banyak  yang bertanya tak tahu kat mana nak dapatkan info. kenapa orang bertanya pada aku? Sebabnya, aku merupakan antara salah seorang yang sedikit menyumbang dalam penganjuran ini.... bagi membantu semua pihak, aku sampaikan sedikit maklumat, harapnya berguna untuk semua sebagai rujukan dan bacaan.


Secara peribadi kalau ditanya mengenai PIPR ini, hanya empat perkataan yang dapat aku ungkapkan, iaitu PIPR adalah "Gelanggang Berbasikal Untuk Semua"....... di sini tiada alasan untuk tidak berbasikal :)


Selamat membaca.......

Geng Basikal Tua

Taman Rimba Alam


 Pengenalan:
  • Putrajaya Inter Parks Ride” (PIPR) ini adalah cetusan idea daripada kongres Healthy Park Healthy People yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap fakta bahawa taman harus ceria dan mesra pengguna bagi menarik orang ramai untuk bukan sahaja berkunjung malahan menjadikan taman sebagai lokasi terapi minda, riadah, rekreasi dan pusat pembelajaran alam semulajadi yang unggul
  • PIPR ini merupakan Aktiviti kayuhan berbasikal anjuran Bahagian Operasi & Pendidikan Taman, Jabatan Landskap & Taman, Perbadanan Putrajaya (PPj)
  • Kayuhan berkonsepkan santai atau "Fun Ride" bukan "Racing"
  • Sebanyak 6 penganjuran telah di laksanakan pada tahun 2010 di mana pada kayuhan malam 31 Disember 2010 telah mencatat rekod melebihi 1,200 penyertaan
  • Pada 2011, sebanyak 6 'ride' dirancang di mana satu PIPR untuk setiap 2 bulan
  • Setakat ini hanya dikenakan bayaran RM 2.50 seorang peserta untuk perlindungan insurans
  • Peserta diwajibkan untuk mendaftar bagi mendapat nombor cabutan bertuah dan kupon makan
  • Urusetia yang menganjurkan kayuhan ini terdiri dari pelbagai pihak dan latarbelakang. Tunjang utamanya adalah dari kakitangan Perbadanan Putrajaya itu sendiri dan dibantu oleh orang perseorangan serta kelab-kelab berbasikal yang komited untuk menjayakan program ini
 Penyertaan & Laluan:
  • Terbuka kepada semua peringkat umur
  • Melibatkan laluan yang berbeza-beza pada setiap penganjuran, penentuan laluan utamanya adalah untuk mempromosi taman-taman di Putrajaya dan laluan persisiran tasik Putrajaya
  • Masa kayuhan adalah antara 2-3 jam
  • Dua laluan berbeza; untuk kategori terbuka (jarak antara 15-35km) & kategori keluarga (jarak antara 7-10km)
  • Peserta perlu membawa basikal sendiri, jenis basikal adalah bebas
  • Sebelum peserta memulakan kayuhan, semua peserta didedahkan dengan penerangan mengenai panduan berbasikal, langkah keselamatan, perhubungan/kecemasan, pandu arah laluan dan senaman pagi sebelum pelepasan
  • Makan ringan disediakan sebelum, semasa & selepas kayuhan
  • Selepas ketibaan di garisan penamat, terdapat satu sessi Perkongsian Ilmu dan Pengalaman dimana peserta akan diberi penerangan ringkas mengenai Gaya Hidup Sihat
    Aktiviti: 
    Kedai Basikal
    New Year Night Ride
    • Setiap permulaan kayuhan, sesi senaman ringan dan taklimat akan diadakan merangkumi pelbagai topik taklimat atau info yang berguna akan disampaikan kepada semua penunggang
    • Di akhir kayuhan peserta berpeluang memenangi hadiah melalui siri cabutan bertuah, lebih dari 30 hadiah ditawarkan melibatkan hadiah barangan keperluan basikal, voucher tunai dan hamper tajaan pihak PPj dan dari pelbagai pihak swasta
    • PIPR ini seringkali dianjurkan sebagai pengisian event/acara yang lebih besar seperti Laman Seni Putrajaya, Floria Putrajaya & Karnival Wow Putrajaya. Peserta berpeluang juga terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti sempena penganjuran acara-acara ini
    • Terdapat juga gerai-gerai menjual barangan keperluan basikal disediakan
    • Terdapat juga aktiviti pentas sampingan seperti pertandingan memasang roda basikal di akhir kayuhan bagi memberi peluang peserta mendapat tips dan maklumat mengenai basikal serta berpeluang memenangi hadiah yang disediakan 
    Keselamatan:
    • Marshal akan membantu dalam urusan trafik, bantuan basikal rosak, tunjuk arah, komunikasi dan laluan
    • Program ini juga mendapat kerjasama dari pihak PDRM (bahagian trafik) dalam menjaga keselamatan penunggang basikal terutama semasa berada di jalan raya
    • Pasukan penguatkuasa PPj juga bersama-sama dalam membantu dalam urusan trafik dan keselamatan
    • Ambulans dan pasukan medik sentiasa akan mengikuti kayuhan ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan yang tidak dijangka
    • Peserta diwajibkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti memakain pakaian yang bersesuian, memakai 'helmet', berkasut, memastikan basikal yang digunakan sempurna dari segi ciri-ciri keselamatan serta menggunakan lampu keselamatan dan lampu tambahan (untuk kayuhan malam) bagi melihat dan dilihat
    • Nombor telefon marshall keselamatan dicetak pada setiap kupon cabutan bertuah untuk peserta hubungi sekiranya memerlukan bantuan
    See You When I See You.......

    No comments:

    Post a Comment