Quotes:

'Give a man a fish and he'll eat for a day, teach a man to fish and he'll eat for a lifetime'

Wednesday, December 1, 2010

You Know You Are Married To Your Job When:

  • You spend more time a day in the office rather than out of it.
  • Your threat you family like your own staff.
  • You have little energy for anything besides work.
  • You need to check your work email and mobile every single hour.
  • You dream about work and deadlines at night.
  • Every single thing you speak about relates back to work.
  • You find yourself looking forward for Monday morning on a Sunday night.
  • Most of your friends in your facebook is from your workplace.
  • Your office looks like your own house.
  • Your resume is not up to date.

-See you when i see you- 
  •  

Friday, October 22, 2010

PECAH BELING / PECAH KACA (Strobilanthes crispus)

PELBAGAI KHASIAT DAUN PECAH BELING

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun ini dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Pokok Pecah Beling/Kaca

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. 
Bunga Pokok Pecah Beling

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.
Strobilanthes crispus/Saricocalix crispus

Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

-Kepada yang berminat untuk mendapatkan pokok ini boleh hubungi saya -


-see you when i see you-

Wednesday, October 13, 2010

PERJUMPAAN SYAWAL


Group Photo

CERITA 1 

Bulan Syawal tahun ini merupakan “Bulan Penyatuan” untuk aku,  tanggal 24-26 September 2010 aku dan keluarga berpeluang berkumpul dalam hari Keluarga RHAS (Famili Sebelah isteriku) yang kelima di Shah Resort Melaka. Pelbagai aktiviti menarik dilakukan atas inisiatif mereka yang prihatin. Perjumpaan melibatkan seramai lebih kurang 41 ahli keluarga dan bukan keluarga. 11 bilik Berjaya ditempah untuk 11 famili yang ada, 2 famili yang tak ada berehat di rumah masing-masing atas urusan masing-masing.
Cendol Time
Buat pertama kalinya juga aku melabuhkan joran setelah hampir TIGA tahun tak memancing. Walaupun tak dapat ikan tapi ‘Gosip’ pada malam tu amat bermanafaat buatku. Untuk pertama kalinya perjumpaan tahun ini tak ada program rasmi, semua ikut kreativiti AJK yang bekerja keras untuk membahagiakan ahli-ahli yang lain. Walaupun begitu, ia meriah dan yang penting budak-budak semua seronok bermain, dapat hadiah, dapat makan dan macam-macam dapat lagi.

2 aweks
Kepada yang bekerja kuat, yang memberi sumbangan, yang membantu/menolong, yang banyak cakap, yang tak banyak cakap, yang tak pergi, yang banyak complain, yang tak complaint, yang dapat banyak hadiah, yang tak dapat hadiah dan macam-macam ‘yang’ lagi diucapkan terima kasih, “Masak Gulai Buah Keras, Jangan Lupa Bayar Yuran RHAS”- Jumpa lagi tahun depan- Insha'Allah…….
Beca@Melaka town




CERITA 2

Group Photo

Pada 2 Oktober 2010, masih dalam mood Syawal@Raya aku berpeluang berkumpul dengan kawan-kawan dari Sekolah Menengah King Edward Vii, Taiping Batch 1991-1995 di Sup Kaww Kelana Jaya.
Lebih kurang 25 orang dapat berkumpul buat pertama kalinya setelah 15 tahun tak berjumpa. Macam-macam cerita. Ada yang bercerita dan ada yang mendengar saja. Tahniah kepada AJK sukarela yang menjayakan perjumpaan ini.

Kutipan RM60.00 seorang amat berbaloi dapat bawa pulang t-shirt dan barang-barang lain, yang penting perut pun kenyang malam tu. Tak lupa kepada penyedia venue pada kali ini, toke Supp Kaww sendiri salah sorang dari batch kami. Kehadiran wakil cikgu juga memeriahkan majlis. Semangat ‘Tiger” masih membara dalam diri semua orang yang cintakan sekolah. Jumpa lagi kalian di lain kesempatan “Magni,Nominis,Umbra”...... “under the Great Name/Shadow”..... Apa sumbangan anda kepada sekolah?


-See You When I See You -

Thursday, October 7, 2010

International Code Of Communication

Kali ni aku nak tulis pasal penggunaan 'Kod' dalam komunikasi menggunakan 26 'alphabet' ABC.... bagi memudahkan sesuatu maklumat disampaikan terutama dalam perhubungan radio. Di dunia terdapat pelbagai bangsa dengan pelbagai dialek bahasa. Apabila berkomunikasi sering terdapat jurang 'sebutan'. Oleh itu kod ini dicipta bagi memudahkan urusan perhubungan dilakukan. Ia banyak digunakan dalam industri komunikasi penerbangan antara 'pilot' dan stesen komunikasi di 'airport' tak lupa juga pasukan keselamatan seperti Polis & Askar. Ia juga berguna kepada ahli-ahli 'outdoor' untuk membiasakan penggunaan kod ini kerana ia banyak membantu dalam komunikasi anda.

A=Alpha
B=Bravo
C=Charlie
D=Delta
E=Echo
F=Foxtrot
G=Golf
H=Hotel
I=India
J=Juliet
K=Kilo
L=Lima
M=Mike
N=November
O=Oscar
P=Papa
Q=Quebec
R=Romeo
S=Sierra
T=Tango
U=Uniform
V=Victor
W=Whiskey
X=X-ray
Y=Yankee
Z=Zulu

Tak salah kalau aku nak 'propose' kod "DALAM BAHASA MALAYSIA" kerana kita kaya dengan bahasa dan boleh digunakan juga. Harap pihak DBP (Dewan Bahasa & Pustaka) dapat daftar kod aku ni secara rasmi dan sebagai mengenang jasa penciptanya boleh jadikan A=Awie atau M=Mawie :)

A=Ayam
B=Bola
C=Cawan
D=Dadu
E=Emak
F=Filem
G=Gula
H=Hantu
I=Ikan
J=Jam
K=Koko
L=Lima
M=Mata
N=Naga
O=Otak
P=Pulau
Q=Quran
R=Roda
S=Sudu
T=Tiga
U=Ular
V=Van
W=Wau
X=X-ray
Y=Yoyo
Z=Zip 


yang benar,

Alpha,Sierra,Mike,Alpha,Wiskey,India @ Ayam,Sudu,Mata,Ayam,Wau,Ikan

-Jumpa lagi kalau ada masa-

Wednesday, October 6, 2010

APA ITU SURVIVAL?

Mengikut kamus "Oxford" survival ialah "the state of continuing to live or exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud survival ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities"

Semua harus ingat, sesekali anda meninggalkan keselesaan anda di rumah, mungkin anda akan berhadapan dengan situasi yang mendesak anda untuk mempertahankan diri dan nyawa anda atau nyawa orang lain. Oleh itu 'basic survival' adalah amat penting. Kita tengok TUJUH asas kemahiran ikhtiar hidup atau survivor skills.

1. Api
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika dalam situasi survivor. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak ke dalam jika bahan bakar diperlukan lagi.

2. Isyarat
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, barang/alatan berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk dilihat. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S (Save Our Soul) daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah.

3. Perlindungan
Melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama dalam situasi survivor. Perlindungan seperti tempat berteduh dari cuaca, hidupan liar dan penyamaran amat penting untuk dipelajari kerana dapat membantu anda ketika survival.

4. Air & Makanan
Kawal perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Tempat menyimpan air yang terbaik adalah di dalam badan anda bukan di dalam bekas atau botol air. Terdapat pengembara yang ditemui mati akibat kekurangan air dan bersamanya terdapat botol air yang masih berisi.

Jangan ambil bahan cecair seperti di bawah bagi menggantikan sumber air:
  • Minuman Alkohol: Mengurangkan air dalam badan dan menyebabkan pemikiran tidak waras/mabuk.
  • Urine (air kencing/perkumuhan): Mengandungi bahan buangan tubuh yang merbahaya dan mengandungi 2% garam.
  • Darah: Bergaram dan mengandungi bahan makanan, oleh itu ia memerlukan air tambahan untuk tujuan penghadaman serta boleh memindahkan penyakit.
  • Air Laut: Mempunyai 4% garam. Tubuh badan memerlukan 2 liter air untuk menghadamkan 1 liter air laut. 
5. Bantu Mula (Basic First Aid)
Bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. 

6. Peralatan
Sekiranya anda telah tahu destinasi anda merupakan satu kawasan yang mempunyai risiko untuk anda sesat atau ditimpa kemalangan. Sentiasalah membawa alatan yang bersesuaian. Terdapat banyak peralatan yang dijual pada masa kini direka khas untuk tujuan pengembaraan yang pelbagai guna, ringan dan berfungsi dengan baik. Pelaburan yang berbaloi apabila anda berada dalam situasi survival. Kualiti adalah amat penting dalam pemilihan alatan ini. 

7. Teknologi
Teknologi masa kini seperti telefon bimbit, GPS dan alat perhubungan radio membolehkan anda diselamatkan dengan cepat sekiranya berlaku situasi sesat atau kemalangan. Sentiasa bersedia dan yang paling penting tahu bagaimana menggunakannya, kerana ketika di situasi kecemasan anda tidak mempunyai masa dan daya untuk membaca "buku manual'. 

-See You When I See You-

Wednesday, September 29, 2010

SALAM PERKENALAN

Aku beru berjinak-jinak nak join blog, orang lain dah lama aktif, sekadar nak menyatakan hasrat dan berkongsi ilmu. Itu saja.......