Quotes:

'Give a man a fish and he'll eat for a day, teach a man to fish and he'll eat for a lifetime'

Wednesday, October 6, 2010

APA ITU SURVIVAL?

Mengikut kamus "Oxford" survival ialah "the state of continuing to live or exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud survival ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities"

Semua harus ingat, sesekali anda meninggalkan keselesaan anda di rumah, mungkin anda akan berhadapan dengan situasi yang mendesak anda untuk mempertahankan diri dan nyawa anda atau nyawa orang lain. Oleh itu 'basic survival' adalah amat penting. Kita tengok TUJUH asas kemahiran ikhtiar hidup atau survivor skills.

1. Api
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika dalam situasi survivor. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak ke dalam jika bahan bakar diperlukan lagi.

2. Isyarat
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, barang/alatan berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk dilihat. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S (Save Our Soul) daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah.

3. Perlindungan
Melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama dalam situasi survivor. Perlindungan seperti tempat berteduh dari cuaca, hidupan liar dan penyamaran amat penting untuk dipelajari kerana dapat membantu anda ketika survival.

4. Air & Makanan
Kawal perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Tempat menyimpan air yang terbaik adalah di dalam badan anda bukan di dalam bekas atau botol air. Terdapat pengembara yang ditemui mati akibat kekurangan air dan bersamanya terdapat botol air yang masih berisi.

Jangan ambil bahan cecair seperti di bawah bagi menggantikan sumber air:
  • Minuman Alkohol: Mengurangkan air dalam badan dan menyebabkan pemikiran tidak waras/mabuk.
  • Urine (air kencing/perkumuhan): Mengandungi bahan buangan tubuh yang merbahaya dan mengandungi 2% garam.
  • Darah: Bergaram dan mengandungi bahan makanan, oleh itu ia memerlukan air tambahan untuk tujuan penghadaman serta boleh memindahkan penyakit.
  • Air Laut: Mempunyai 4% garam. Tubuh badan memerlukan 2 liter air untuk menghadamkan 1 liter air laut. 
5. Bantu Mula (Basic First Aid)
Bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. 

6. Peralatan
Sekiranya anda telah tahu destinasi anda merupakan satu kawasan yang mempunyai risiko untuk anda sesat atau ditimpa kemalangan. Sentiasalah membawa alatan yang bersesuaian. Terdapat banyak peralatan yang dijual pada masa kini direka khas untuk tujuan pengembaraan yang pelbagai guna, ringan dan berfungsi dengan baik. Pelaburan yang berbaloi apabila anda berada dalam situasi survival. Kualiti adalah amat penting dalam pemilihan alatan ini. 

7. Teknologi
Teknologi masa kini seperti telefon bimbit, GPS dan alat perhubungan radio membolehkan anda diselamatkan dengan cepat sekiranya berlaku situasi sesat atau kemalangan. Sentiasa bersedia dan yang paling penting tahu bagaimana menggunakannya, kerana ketika di situasi kecemasan anda tidak mempunyai masa dan daya untuk membaca "buku manual'. 

-See You When I See You-

No comments:

Post a Comment